Ford perkenal ciri paparan Mindful Mode - kurangkan tekanan ketika memandu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kia sudah pun mengkritik trend yang wujud pada sesetengah pengeluar kenderaan kerana keghairahan mereka berlumba-lumba meletakkan skrin paparan bersaiz gergasi di dalam kereta masa kini. 

Lain pula caranya dengan Ford, mungkin mahukan para pemiliknya supaya tidak terlalu terkesan dengan kehadiran skrin paparan yang begitu banyak, mereka hadir dengan satu idea bernas - menjadikan paparan skrin yang lebih ringkas.

Dikenali dengan nama Mindful Mode, ia bakal ditawarkan pada Ford Explorer 2020 tidak lama lagi. 

Menerusi skrin paparan Mindful Mode ini, Ford mahu memberikan sebuah paparan yang sangat mudah untuk dibaca tanpa kehadiran informasi-informasi yang tidak diperlukan dengan latar belakang warna biru yang menyenangkan mata. 
 


Dengan paparan serba ringkas, pilihan ini mampu mengurangkan kadar tekanan yang dihadapi oleh pemandu, selain membantu mereka fokus kepada jalan raya. 

Keadaan ini ada benarnya kerana jika dilihat kepada kereta masa kini, masing-masing ingin memuatkan terlalu banyak perkara pada skrin paparan sehinggakan informasi penting 'tenggelam' tanpa disedari. 

Ford Explorer 2020 akan dilancarkan pada musim panas ini.