Ford paten rekaan dron terbang dari kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford telah memfailkan paten hakcipta fungsi dron yang boleh terbang keluar dari tempat barang kereta itu sendiri.

Dalam permohonan bertarikh 10 Oktober itu, Ford menunjukan sebuah dron quadcopter yang boleh dilancarkan dari sebuah kenderaan.

Dron itu boleh diprogramkan untuk mengikut kenderaan itu atau membantu memberi lokasi tepat sekiranya kenderaan itu memerlukan bantuan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Paten itu menerangkan dron itu boleh dicaj dan disimpan di dalam ruang but kenderaan itu bila tidak digunakan.

Menurut Jabatan Penerbangan Amerika Syarikat, dijangkakan ada sebanyak 4.3 juta dron di negara itu menjelang tahun 2020.

Memang boleh dijangka fungsi dron akan disatukan dengan kenderaan gayahidup.

Cuma mungkin seorang menteri di Malaysia sudah mempunyai projek yang jauh lebih hebat dari itu.

Kereta terbang menjelang tahun 2020. 

Dan menurut janji asal beliau, rakyat Malaysia sudah boleh membeli Kenderaan Nasional Baharu tahun hadapan.

Janji ditepati.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…