Ford pamer tujuh konsep modifikasi trak pikap Ranger di SEMA 2018

oleh Mohamad Hanif|
Untuk acara tahunan Specialty Equipment Market Association (SEMA) 2018, Ford dengan kepakarannya mendatangkan bukan satu, bukan dua, akan tetapi tujuh unit Ranger kustom untuk tatapan para pengunjung di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mari kita lihat satu persatu Ranger yang dipertontonkan:

1. 2019 Ford Ranger XLT 4x4 SuperCrew By Air Design USA

Ford Ranger ini dilengkapi kit badan Air Design termasuklah:

  • door rocker molding
  • bumper flare
  • liang udara pada fender
  • skup hood
  • spoiler belakang
  • spoiler tailgate

Untuk pengendalian, ia menerima suspensi talaan Fox dan diakhiri dengan sistem ekzos Borla.

 

2. Baja-Forged Ford Ranger XLT FX4 SuperCrew

Hasil karya LGE*CTS Motorsports (bukan syarikat Lim Guan Eng), ia diinspirasikan daripada tema ketenteraan, lihat sahaja pada layangan warna hijau matte dan hiasan warna kuprum. 

Ia dijana enjin 2.3 liter turbo dan digandingkan dengan transmisi auto 10 nisbah kelajuan. 

Turut menerima naiktaraf jack daripada Pro Eagle, rock rail, fender flare dan juga sistem gantungan daripada Icon Vehicle Dynamics.

 

3. Ford Performance Parts Ranger Pre-Runner

Ranger ini menggunakan tetapan yang hampir serupa pada Ford Ranger Raptor seperti: 

  • tayar BFGoodrich All-Terrain K02
  • sistem gantungan Fox
  • rim Ford Performance 17 inci
  • pakej off-road FX4
  • diff kunci belakang elektronik nisbah 3.73:1
  • sistem ekzos catback Ford Performance

 

4. Ford Ranger Base Camp


Bagi mereka yang gemar berkhemah di dalam hutan, Ford Ranger ini sangat sesuai untuk memenuhi hobi anda. 

Antara aksesori yang dilengkapkan termasuklah

  • kit rak tahan lasak Yakima daripada Outpost
  • khemah bumbung SkyRise
  • kabel cangkuk tahan lasak
  • sistem ekzos Borla
  • suspensi BDS
  • lift kit tiga inci daripada Fox
  • tayar BFGoodrich All-Terrain K02

 

5. Ford Ranger Project Nightfall


Project Nightfall menampilkan beberapa naiktaraf seperti:

  • upper control arms daripada BDS Suspension
  • load lifter daripada Airlift
  • sistem gantungan Fox
  • fender flare Bushwacker
  • bumper Ford Performance

Ford Ranger ini masih menggunapakai enjin 2.3 liter turbo dan transmisi automatik 10 kelajuan. 

 

6. Project Ranger X

Berkemungkinan besar ia dikhususkan untuk tujuan operasi menyelamat, Project Ranger X menerima layangan warna silky black sebelum diakhiri dengan penggunaan rim KMC XD Series Grenade berwarna jingga. 

Turut diberikan penekanan termasuklah 

  • sistem ekzos catback Borla
  • coilover Fox 2.5 Factory Series DSC
  • tayar BFGoodrich Mud Terrain KM3

 

7. Xbox Ford Ranger From Addictive Desert Designs


Sepertimana nama yang tertera, ia sebuah Ranger yang dibina dengan unit Xbox terbina dalam dipaparkan menerusi skrin berdefinisi tinggi bersaiz 42 inci. 

Pada bahagian luar, ia dilayangkan warna samaran camouflage serta menerima beberapa tambahan seperti:

  • bumper depan dan belakang Addictive Desert Designs Venom R
  • rak bumbung dan chase daripada HoneyBadger
  • pengangkut tayar simpanan
  • side step jenama Lite

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, yang menjadi tumpuan utama bukanlah kereta buatan baru dengan teknologi canggih, tetapi ia…
Berita Global
Toyota Tacozilla Concept Ia merupakan konsep yang dibangunkan oleh Toyota Motorsports Garage…
Berita Global
Honda Accord Wagon ini menampilkan liveri ikonik JACCS yang diinspirasikan daripada jentera Honda…