Ford Mustang55 special edition, rai 55 tahun model ikonik dunia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta sport ikonik iaitu Ford Mustang kini berusia 55 tahun selepas diperkenalkan buat kali pertama pada 17 April 1964. Model ini juga laku keras dengan memegang takhta kereta sport coupé terlaris di dunia dari tahun 2015 hingga 2018.

Lazim buat pengeluar kereta, peristiwa istimewa disambut dengan edisi istimewa. Untuk itu Ford memperkenalkan Ford Mustang55 special edition bagi meraikan ulang tahun ke-55 untuk pelanggan Eropah. Mustang55 adalah versi Mustang 5.0 liter V8 dengan beberapa perubahan dalaman dan luaran.

Ford menawarkan Mustang55 dalam dua jenis badan iaitu coupé dan convertible. Paling menyerlah ialah warna Twister Orange dan menariknya grafik racing stripe pada bonet diganti dengan grafik berkembar yang lebih ringkas coraknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
FORD MUSTANG55

 

Bahagian bumbung diwarnakan hitam manakala roda aloi berukuran 19 inci pula berwarna hitam kilat. Pembeli juga ditawarkan dengan pilihan spoiler but berwarna hitam.

Model enam kelajuan manual didatangkan dengan tombol gear khas manakala model sepuluh kelajuan automatik juga dilengkapi tombol gear khas dan ia diperbuat daripada aloi-besi.

Kelengkapan standard lain kerusi depan dengan fungsi pemanas dan sejukan, sistem bunyi B&O dengan 12 pembesar suara premium dan Kawalan Penghidup untuk model automatik, Kawalan Buka dan Kunci Pintu dan Pengesan Kenderaan.

 

FORD MUSTANG 2.3

 

Mustang juga canggih dengan fungsi model terbina dalam FordPass Connect yang mampu menghubungkan sepuluh peranti pada satu masa.

Selain Mustang55, Ford turut memperbaharui Mustang Shelby GT350 dan GT500. Perubahan melibatkan kemaskini kosmetik seperti cermin sisi dan spoiler but dalam warna Magnetic Grey, grafik di atas bonet dan roda aloi 19 inci dengan kemasan baharu.

Model 2.3 liter EcoBoost kini standard dengan teknologi Active Valve Performance Exhaust yang mempunyai mod Good Neighbour yang boleh diprogramkan untuk menghadkan bunyi ekzos mengikut tetapan waktu supaya tidak menggangu jiran-jiran.

 

FORD MUSTANG 2.3

 

Selain warna Twister Orange, pelanggan ditawarkan dengan pilihan baharu iaitu Grabber Lime, Iconic Silver dan Lucid Red.

Ford Mustang55 5.0 liter V8 dan Mustang 2.3 liter EcoBoost boleh dipesan pada Ogos depan. Walaupun model istimewa ulang tahun hanya untuk pasaran Eropah, usah risau jika berhajat kerana model ini boleh dibawa masuk melalui pengimport bebas jika ada yang berkenan.

Ford Mustang sendiri begitu banyak dibawa masuk oleh pengimport bebas dek kerana statusnya yang popular dan diminati ramai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin