Ford Mustang Stealth Edition 2022 - khas untuk model EcoBoost sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Untuk model tahun 2022, Ford membawakan penawaran terbaharu yang dinamakan sebagai Stealth Edition yang hanya dikhususkan untuk insan yang tidak kisah untuk memandu Mustang EcoBoost.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk para pemilik Ford Mustang EcoBoost, pakej Stealth Edition ini menambah beberapa ciri seperti aksen hitam, lencana hitam, pelindung cermin sisi hitam, serta rim aloi bersaiz 19 inci juga berwarna hitam (Ebony Black).
 

Stealth


Ford juga turut menambah sayap belakang, serta pelindung lampu belakang jenis jernih di bawah pakej Ice White Appearance Package.

Perubahan pada ruang kabin adalah terhad, merangkumi plet ambang pintu beriluminasi, serta kemasan hitam berkilat/matte pada lencana di panel instrumen.

Ford Mustang EcoBoost Premium Stealth Edition 2022 boleh didapati dalam warna Carbonized Gray, Shadow Black, Atlas Blue dan Dark Matter.

 

Ford Mustang California Special 2022

CS


Untuk model Ford Mustang GT California Special versi fastback dan convertible, Ford juga turut menawarkan opsyen GT Performance Package yang menambah LSD Torsen, brek Brembo dengan angkup enam omboh pada gandar hadapan, sway bar belakang yang lebih besar, spring hadapan jenis tugas berat, serta talaan kepada kawalan kestabilan dan sistem stereng berkuasa elektrik.

Sementara rim pula ditawarkan dalam saiz 19x9 inci di hadapan, 19x9.5 inci di bahagian belakang yang dibaluti tayar Pirelli.
 

CS


Antara kemasan lain termasuklah gril hadapan yang dihitamkan, jalur perlumbaan di bahagian sisi, serta skup pada fender belakang yang merupakan rujukan kepada versi original.

Untuk model Mustang California Special 2022 dengan GT Performance Package, pembeli boleh memilih warna seperti Oxford White, Grabber Blue Metallic, Iconic Silver, Carbonized Gray, Atlas Blue, Dark Matter, Cyber Orange, Shadow Black dan Rapid Red.
 

cs


Kedua-dua Mustang yang disebutkan itu tadi boleh didapati menjelang suku pertama tahun hadapan.

 

Ford Mustang EcoBoost Stealth Edition 2022