Ford Mustang sport coupe terhangat di pasaran 3 tahun berturut-turut

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang, kereta idaman para jejaka kini dinobatkan sebagai kereta sport coupe terlaris di dunia bagi tahun ketiga berturut-turut.

Sejak Ford membuat keputusan untuk meluaskan penjualan Mustang luar dari pasaran Amerika pada tahun 2015, mereka telah berjaya menjual lebih 418,000 unit Mustang di seluruh dunia, dengan model yang paling laku dijual ialah varian 5.0 liter enjin bentangan V8.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahun 2017 sahaja, Ford telah berjaya menjual 125,809 unit Mustang di kesemua 146 negara yang membawa masuk Ford Mustang secara rasmi. 
 

Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 80,000 unit berjaya dijual di pasaran terbesar Mustang, iaitu Amerika Syarikat. Pasaran Eropah menyumbang lebih daripada 13,000 unit penjualan Mustang manakala pasaran China mencatatan rekod penjualan sebanyak 7,125 unit pada tahun lepas. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…