Ford Mustang Shelby GT500 Heritage Edition 2022 - tribut kepada model asal Shelby GT500 1967

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak model Mustang edisi terhad dan khas yang telah ditawarkan, Ford kini menambah dua lagi penawaran model edisi terhad untuk para peminat kereta muscle itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya merupakan Ford Mustang Shelby GT500 Heritage Edition 2022 yang membawakan penghormatan buat model asal GT500 Shelby 1967.

Tidak banyak perubahan yang ditawarkan, melainkan penawaran warna eksklusif Brittany Blue dengan dua opsyen jalur perlumbaan Wimbledon White.
 

Mustang


Untuk mereka yang mahukan model GT500 2022 sahaja, Ford kini menawarkan warna eksklusif Code Orange yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model-model Ford Performance seperti GT dan F-150 Raptor.

Harga jualan Ford Mustang Shelby GT500 2022 ini bermula dari $72,900 (RM302,790), dan tambahan $2,140 (RM8,888) untuk mereka yang mahu mendapatkan model Heritage Edition. Opsyen jalur perlumbaan yang dicat menggunakan tangan ini memerlukan tambahan kos sebanyak $12,140 (RM50,423) sahaja.
 

Coastal


Selain itu, Ford juga turut melancarkan Mustang Coastal Edition 2022 yang menggunakan asas daripada Mustang EcoBoost Premium (versi fastback & convertible).

Model Coastal Edition ini menampilkan perubahan pada gril, spoiler belakang, jalur sisi yang unik, skup udara sisi dan rim aluminium bersaiz 19 inci dengan aksen hitam.

Sementara ruang ambang pintu pula menempatkan plet beriluminasi 'Coastal Limited' diikuti dengan lencana khas pada papan pemuka sebelah penumpang.
 

Coastal


Versi Coastal Edition boleh didapati dalam warna Brittany Blue, Cyber Orange dan Rapid Red, di mana pakej ini memerlukan tambahan kos sebanyak $1,995 (RM8,286).

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…