Ford Mustang Shelby GT500 dengan warna baharu - hijau Grabber Lime

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kepercayaan di dalam agama Kristian, St. Patrick's Day disambut sebagai memperingati hari kematian mubaligh Kristian Romano-British pada setiap 17 Mac. 

Jadi, bersempena dengan Hari St. Patrick yang diadakan saban tahun, Ford membawakan kepada anda sebuah Ford Mustang GT500 yang dilayangkan dengan warna hijau Grabber Lime. 

Warna tersebut diinspirasikan daripada Mustang vintaj era 1970-an dan kini menyertai senarai warna baharu kepada kereta sports Mustang sedia ada, iaitu Twister Orange, Iconic Silver dan Red Hot Metallic.
 


Menurut Barb Whalen, pengurus unit pemilihan warna dan bahan di Ford berkata, "warna-warna retro yang terang dan semangat ini menjadi ikutan di dalam rekaan perabot rumah, pakaian sukan dan juga peralatan khusus dalam kehidupan seharian.

"Ia merupakan warna yang memberikan aspirasi dan keyakinan, melambangkan semangat muda - warna yang memberikan gambaran kepada dunia bahawa anda adalah diri anda - dan kereta anda merupakan sebahagian daripada itu," jelasnya. 

Ford Mustang 2020 - termasuk varian paling katang Shelby GT500 berkuasa 700 hp - bakal memasuki pasaran bermula musim luruh ini manakala harga jualan pula akan diumumkan kelak. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…