Ford Mustang Shelby GT500 2020 dilancarkan - 700 hp! [+video empat mod ekzos]

oleh Mohamad Hanif|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ford Mustang akhirnya kembali dengan varian berprestasi tinggi Mustang Shelby GT500 dan ia lebih berkuasa berbanding Mustang yang terdahulu. 

Antara kereta pony yang terbuas bagi menakutkan lawan dan pesaingnya seperti Dodge Challenger SRT Hellcat dan Chevrolet Camaro ZL1, Mustang Shelby GT500 ini dikuasakan enjin 6.2 liter bentangan V8 dengan supercharger Eaton. 
 


Terima kasih kepada boost yang dihasilkan oleh pengecas lampau Eaton ini mampu mencapai sehingga 12 psi, Ford menjanjikan kuasa yang ada pada GT500 ini mampu menjangkau melebihi 700 kuasa kuda!

Mustang yang paling berkuasa setakat ini di dalam sejarah.

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan daripada Tremec, dan terus kepada aci pemacu (driveshaft) gentian karbon dan LSD daripada Torsen.
 


Menurut Ford Performance, transmisi DCT ini dipilih kerana keupayaan untuk mengendalikan daya kilas yang tinggi serta mampu menukar gear dengan lebih pantas berbanding jenis torque-converter. 

Bagi memastikan suhu mekanikal kereta ini sentiasa berada di dalam keadaan optimum, Ford melengkapkan bukan satu, tetapi lapan heat-exchanger yang terletak pada enjin (2 unit), supercharger (2 unit), transmisi (1 unit), pelincir enjin (1 unit), gandar belakang (1 unit) dan kondenser pendingin hawa (1 unit).
 


Sekiranya anda perasan, Ford Shelby Mustang ini diberikan front fascia yang lebih garang bagi menyedut udara memenuhi keperluan penyejukan ketika operasi pada kelajuan tertinggi.

Sistem gantungan Mustang ini menggunakan penyerap hentak jenis magnetik MagneRide yang mampu berkomunikasi dengan sistem trenkuasa dan brek, seterusnya membuat pelarasan sehingga 1,000 kali setiap saat bergantung kepada mod pemanduan. 
 


Mustang GT500 ini didatangkan dengan rim sebesar 20 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4S, namun sekiranya pakej Carbon Fiber dipilih, anda bakal menerima rim yang diperbuat daripada gentian karbon dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2S yang lebih mencengkam jalanan. 

Rim 20 inci daripada gentian karbon ini dibuat oleh syarikat Carbon Revolution yang berpengkalan di Australia - syarikat yang sama membuat rim untuk Mustang GT350.

Menariknya, rim gentian karbon ini mempunyai berat yang serupa dengan rim 19 inci yang terdapat pada GT350R. 
 


Untuk menghentikan jentera 700 kuasa kuda ini dengan tenang, Ford Performance menggunakan sistem brek Brembo yang lebih besar - rotor bersaiz 16.5 inci dengan angkup enam piston di hadapan manakala rotor 14.6 inci dengan angkup empat piston di bahagian belakang.

Sehingga kini, Ford masih belum mahu mendedahkan angka-angka teknikal, namun memberikan bayangan bahawa jentera GT500 ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang dari tiga saat, selain mampu melengkapkan jarak 0-400 meter dalam masa 11 saat sahaja

Dengarkan not-not ekzos yang sangat mengasyikkan daripada Ford Mustang GT500, terima kasih kepada Road and Track.




Sumber gambar: DW Burnett, PuppyKnuckles dan Ford.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…