Ford Mustang Shelby GT500 2020 dihadkan kepada 290 km/j - Ford Performance

oleh Mohamad Hanif|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Generasi terdahulu kuda Amerika terpantas Mustang Shelby GT500 mempunyai rekod kelajuan tertinggi iaitu 325 km/j (202 batu sejam), terima kasih kepada kuasa setinggi 662 hp dari enjin V8 Supercharger Trinity. 

Berdasarkan prestasi tersebut, ramai yang mengharapkan generasi terbaharu Mustang Shelby GT500 ini bakal mengulangi atau mengatasi rekod yang dicatatkan, memandangkan ia kini mempunyai kuasa sebanyak 700 ekor kuda!

Namun, berdasarkan laporan daripada Car and Driver, pihak atasan Ford Performance memutuskan untuk menghadkan kelajuan tertinggi Mustang Shelby GT500 ini kepada 180 batu sejam atau 290 km/j sahaja.

Kenapa berlaku perkara sedemikian? Bukankah rata-rata pengeluar kereta berprestasi tinggi mahu mencapai kelajuan tertinggi?
 


Jawapannya mudah, kos.

Menurut Ford Performance, untuk membangunkan sebuah kenderaan yang mampu mencapai 321 km/j memerlukan kos yang lebih tinggi, dan adalah lebih baik sekiranya kos tersebut disalurkan kepada pembangunan transmisi dan pakej aero yang mampu memberikan kuasa daya turun yang lebih tinggi. 

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada penguasaan Mustang Shelby GT500 di litar drag serta pengendalian yang lebih baik di atas jalan biasa, dan untuk itu, kelajuan tertinggi dirasakan tidak begitu penting. 

Jika dibandingkan dengan pesaing rapat, Mustang Shelby GT500 mungkin dilihat ketinggalan jauh kepada Chevroret Camaro ZL1 (321 km/j) dan Challenger Hellcat Redeye (327 km/j).

Namun, angka prestasi sebenar seperti pecutan 0-100 km/j, kuasa kuda dan daya kilas masih lagi belum didedahkan secara rasmi oleh Ford Performance, menjadikan ramai yang tertanya-tanya bagaimanakan prestasi sebenar GT500 ini dalam dunia sebenar. 
 


Baca: Ford Mustang Shelby GT500 dilancarkan, 700 kuasa kuda

Baca: Ford Mustang Shelby GT500 warna Grabber Lime

Sementara kita menantikan angka rasmi dikeluarkan, mari kita layan not-not ekzos Mustang Shelby GT500 yang sangat mengasyikkan ini, dan anda mungkin memerlukan sebuah headphone untuk kualiti yang lebih jelas. 

Sumber gambar: DW Burnett

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jika Facebook kini merupakan pentas untuk berlumba-lumba berkongsi karangan kisah hidup, Instagram…