Ford Mustang RTR Spec 5 - 10 unit sempena ulang tahun ke-10 RTR

oleh Mohamad Hanif|
Kenal Vaughn Gittin Jr.?
Penulis mula mengenali nama tersebut apabila secara tidak sengaja menonton sebuah video drift, dimana beliau telah dikalahkan oleh AE86 Tengku Djan di dalam sebuah Ford Mustang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bintang drift itu juga sebenarnya mempunyai syarikat talaan tersendiri yang dinamakan sebagai RTR.

Ditubuhkan pada tahun 2010, RTR (Ready To Rock) menawarkan khidmat untuk menala kembali jentera-jentera pantas seperti Ford Mustang dan Ford F-150 selain menghasilkan kit badan yang lebih menawan.

 


Jadi, untuk meraikan ulang tahun yang kesepuluh, RTR bekerjasama dengan Ford Lubnan untuk menawarkan 10 unit Ford Mustang dengan spesifikasi RTR Spec 5.

Jika mengikut katalog RTR, Spec 1 hanya menawarkan peningkatan kosmetik semata-mata, manakala Spec 2 pula mengkhususkan kepada talaan suspensi sebagai tambahan kepada Spec 1.

Spec 3 pula hadir dengan pakej pengecas lampau Ford Performance yang mampu membenarkan enjin mengestrak 700 kuasa kuda dan daya kilas 827 Nm.

 


Spec 5 pula menawarkan kuasa ekstra sebanyak 50 kuasa kuda, terima kasih kepada kit pengecas lampau Ford Performance Phase 2, serta beberapa talaan bagi membolehkan jentera ini mengendalikan tambahan kuasa tersebut.

Sementara itu, bahagian luaran pula menerima kemasan yang menyerupai jentera drift Vaughn yang nyata memberikan penampilan yang tersendiri kepada Ford Mustang RTR Spec 5 ini.

 


Ford Lubnan hanya akan membina 10 unit sahaja, dan anda perlu membayar wang tambahan sebanyak $50,000 (RM216,380) untuk melengkapkan modifikasi Spec 5 Mustang anda.

Ya, harga yang disebutkan diatas tidak termasuk kos untuk membeli sebuah Ford Mustang.