Ford Mustang masih lagi kereta sports paling laris suku pertama 2022

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun angka jualan tidaklah sehebat segmen kereta-kereta popular seperti SUV dan sedan, namun Ford Mustang masih lagi berupaya mendabik dada sebagai kereta sports yang paling laris terjual sepanjang tempoh suku pertama tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sepanjang tiga bulan pertama, sebanyak 13,986 unit Mustang telah berjaya diedarkan, dengan penurunan sebanyak 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Namun begitu, Ford Mustang nampaknya masih lagi mampu mengalahkan angka jualan model pesaing seperti Dodge Challenger (11,124 unit) yang mencatatkan penurunan 26 peratus, dan Chevrolet Camaro (6,710 unit) dengan penurunan 5.3 peratus.

Menariknya, Chevrolet masih lagi berupaya menjual kira-kira 8,811 unit Chevrolet Corvette, angka yang lebih tinggi berbanding model Camaro itu tadi.

Berdasarkan informasi daripada media luar negara, Ford dijangka akan memperkenalkan generasi baharu Mustang dengan trenkuasa V8, besar kemungkinan dengan penawaran transmisi manual, serta perancangan untuk memperkenalkan varian Mustang Hybrid.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…