Menurut Ford, masalah ini adalah disebabkan oleh penggunaan ejen perekat urethane yang tidak mencukupi untuk kedua-dua komponen tersebut, melibatkan 17,692 unit cermin hadapan dan 13,544 unit panel kaca bumbung suria.
Masalah ini mampu mendatangkan kesan kepada kebocoran air dari luar, atau lebih serius panel yang mudah tercabut yang mampu meningkatkan risiko kecederaan di dalam kemalangan.
Ini bukanlah kali pertama kenderaan Ford terlibat dalam kes ini, memandangkan pada bulan Februari 2021, Ford F-150 2021 turut dipanggil kembali atas masalah yang sama melibatkan komponen cermin hadapan.