Ford Mustang hibrid hadir pada tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang, sport coupe yang terkenal dengan deruman enjin lima liter bentangan V8 yang ikonik itu.

Namun begitu, peredaran masa begitu pantas dan kita berada di zaman yang mana enjin hibrid adalah begitu popular dan menjadi arus perdana. Apakah perasaan anda apabila mengetahui ada satu varian Mustang yang, "lebih mesra alam"?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan temubual yand direkodkan oleh Detroit Bureau bersama Pengarah Pemasaran Kumpulan Ford, Corey Holter menyebut, Ford kini sedang menimbang untuk menawarkan ciri pacuan semua roda dan varian elektrik kepada "kuda" kesayangan ramai itu yang bakal menemui pasaran sekitar 2020.
 

Walaupun kini pihak Ford sedang menguji Mustang versi GT500 dengan jangkaan kuasa yang melebihi 700 hp, pihak pengeluar kini sedang berusaha untuk membuka pasaran berpotensi Mustang melalui varian hibrid tersebut. 
 

Di samping memberikan penjimatan dan prestasi yang cekap, varian hibrid ini juga bakal membawakan kuasa yang hampir serupa dengan enjin asal V8 dan tambahan kuasa tork. 
 

Menurut Holter, Ford sendiri mengambil langkah selamat untuk tidak merosakkan nama Mustang di mata peminat dan penggemar Mustang itu sendiri.
 

Tambah beliau, formula dan semangat asal Mustang tidak akan berubah terlalu banyak menerusi penawaran varian hibrid ini, akan tetapi perubahan itu disifatkan sebagai tambahan kepada kejayaan formula yang digunakan pada generasi terkini Mustang. 

Sumber: Detroit Bureau melalui Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…