Ford Mustang hibrid bakal terima nadi V8, sistem motor elektrik berkembar?

oleh Mohamad Hanif|

Menerusi pendaftaran paten yang dikesan oleh laman web Autoguide baru-baru ini, Ford dilihat sudah pun mendaftarkan paten baharu untuk tujuan kenderaan berprestasi tinggi.

Gambar rajah yang diperoleh itu menampakkan enjin bentangan V8 yang dilengkapi dengan konfigurasi motor elektrik berkembar yang dikhususkan kepada 'kereta hibrid'. 
 


Merujuk kepada pendaftaran paten tersebut, enjin V8 itu bakal menyalurkan kuasanya kepada roda belakang, manakala dua buah motor elektrik pula bertugas di bahagian roda hadapan. 

Menurut Ford, sistem baharu ini membolehkan mereka menghasilkan kenderaan dengan sistem pacuan semua roda yang lebih kompak berbanding sistem pacuan tradisional. 

Selain daripada itu, sistem baharu ini juga dikatakan lebih menjimatkan penggunaan ruang, dan memberikan lebih daya kilas pada julat putaran enjin yang lebih rendah. 
 


Oleh yang demikian, terdapat desas desus yang mengatakan ia bakal diperkenalkan terlebih awal pada model Mustang Hybrid yang akan membuat kemunculan pada tahun hadapan. 

Manakala terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa Ford Mustang Hybrid pula tidak akan didatangkan dengan enjin V8, sebaliknya akan menggunakan konfigurasi enjin yang berlainan bagi menyalurkan kuasa seakan nadi V8 pada model prestasi tinggi itu. 
 


Ini termasuklah kemungkinan menggabungkan nadi EcoBoost 2.3 liter empat silinder dengan sistem hibrid baharu ini bagi memberikan kuasa output setinggi 400 kuasa kuda kepada Mustang. 

Tidak banyak info yang diketahui berkenaan model Mustang hibrid ini, namun berdasarkan laporan terdahulu, Ford kini sedang meneroka kemungkinan untuk memperkenalkan model pacuan semua roda dan versi elektrik sepenuhnya tidak lama lagi. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Manakan tidaknya, ia merupakan sebuah prototaip Ford Mustang Lithium - dan seperti nama yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan industri kereta pantas dunia, apabila masing-masing kini berlumba untuk…
Berita Global
  Bahagian bumbung diwarnakan hitam manakala roda aloi berukuran 19 inci pula berwarna hitam kilat…