Ford Mustang GTD 2025 - jentera GT3 halal untuk kegunaan jalan raya, kuasa lebih 800 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang GTD 2025 merupakan ahli baharu di dalam keluarga kereta muscle Mustang setelah model Mustang Dark Horse R dilancarkan pada bulan lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera-jentera klasifikasi GT3 bertempur di Amerika Syarikat.
 

GT3


Usah risau kerana Mustang GTD ini sebenarnya halal digunakan di atas jalan raya, dengan penambahan ciri-ciri yang biasanya diharamkan oleh regulasi perlumbaan.

Ford Mustang GTD membawakan enjin bentangan V8 5.2 liter dengan induksi paksaan pengecas lampau (supercharger), dengan sasaran kuasa melebihi angka 800 hp, menjadikannya Mustang paling berkuasa pernah dihasilkan.

Enjin tersebut menampilkan ciri garis merah melebihi 7,500 rpm, set ekzos titanium dengan sistem injap aktif, dipadankan dengan kotak gear klac berkembar lapan nisbah kelajuan transaxle yang diposisikan di belakang, menyumbang kepada nisbah pengagihan berat badan hampir 50:50.
 

mustang


Kuasa daripada enjin disalurkan kepada kotak gear tersebut menerusi aci pemacu gentian karbon.

Pemandu boleh menetapkan output enjin serta kawalan cengkaman menerusi sistem Variable Traction Control di dalam Track Mode.

Selain itu, Mustang GTD menggunakan sistem suspensi semi-aktif yang boleh melaraskan tahap lantunan spring dan ketinggian jentera sehingga 40 mm lebih rendah.
 

mustang


Sistem gantungan di bahagian hadapan menggunakan tetapan lengan pendek-panjang, sementara bahagian belakang pula menampilkan sistem pushrod dan rocker arm, dibantu dengan sistem kawalan hidraulik dan sistem penyejukan transaxle.

Pada bahagian bonet belakang, terdapat satu bukaan udara yang dikhususkan untuk tujuan penyejukan bahagian kargo yang telah sarat dengan kelengkapan yang disebutkan itu tadi.
 

Y


Secara standard, Mustang GTD didatangkan dengan rim aluminium tempa bersaiz 20 inci (opsyen rim magnesium dengan jejari Y), diikuti dengan sistem brek seramik karbon daripada Brembo.

Untuk memastikan Mustang GTD ini lebih ringan, Ford telah menggunakan bahan gentian karbon pada bahagian splitter hadapan, hud, fender, ambang pintu, bumbung, trunk lid dan diffuser belakang.
 

gtd


Terdapat pakej aerodinamik yang ditawarkan di mana ia menambah komponen seperti kepak hadapan yang boleh dilaras secara hidraulik, pelindung bawah badan gentian karbon, serta sayap belakang aktif.

Sementara kemasan ruang kabin pula menampilkan gandingan bahan gentian karbon, kulit dan suede Miko.

Terdapat tempat duduk Recaro, tempat duduk belakang yang telah ditiadakan, serta opsyen untuk menambah kelengkapan paddle shifter, tombol penukaran gear rotari dan plet nombor siri yang diperbuat daripada komponen titanium yang dicetak 3D, dan diperoleh daripada pesawat Lockheed Martin F-22.
 

gtd


Ford Mustang GTD 2025 akan mula dijual pada akhir tahun 2024 atau awal tahun 2025 dengan harga jangkaan sekitar $300,000 (RM1,392,150).