Ford Mustang GT350/GT350R Heritage Edition - tribut kepada jentera Carrol Shelby era 1960-an

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Mustang GT500 Shelby, Ford juga turut menawarkan kemaskini berbentuk mekanikal kepada varian Mustang yang lebih rendah GT350/GT350R seperti geometri casis, rak stereng dan sistem stereng elektrik yang telah dikalibrasi semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bersempena dengan ulang tahun yang ke-55 model GT350 yang penuh dengan sejarah, serta lagenda fastback Carroll Shelby yang dihasilkan pada tahun 1965, Ford telah memperkemaskan lagi penawaran Mustang GT350 dan GT350R. 

 


Untuk kedua-dua varian tersebut, Ford menawarkan pakej Heritage Edition berbentuk kemasan luaran seperti layangan warna klasik Wimbledon White yang diselangi jalur perlumbaan Guardsman Blue yang menyamai jentera GT350 1965 yang dibina oleh Carroll Shelby. 

Selain daripada itu, terdapat juga logo khas di hadapan dan juga belakang, termasuklah kemasan yang terdapat di papan pemuka. 
 


Manakala model GT350R pula menerima tempat duduk balutan kulit yang dihiasi jahitan kontras berwarna merah. 

Menurut Jim Owens, pengurus pemasaran Ford Mustang memberitahu, "dengan liveri luaran yang autentik, dan unik, Ford Mustang Shelby GT350 dan GT350R Heritage Edition merupakan tribut yang sangat bermakna kepada legasi jenama Shelby. 
 


Harga jualan Ford Mustang Shelby GT350 bermula dari $60,440 (RM250k) manakala model GT350R pula dari $73,435 (RM303,908), dan pakej Heritage Edition yang dimaksudkan pula hanya bernilai $1,965 (RM8,132).