Ford Mustang empat pintu dalam pembikinan?

oleh Mohamad Hanif|
Ford nampaknya ingin menyelit sama di dalam pasaran kereta sports empat pintu liftback yang selama ini disertai oleh Mercedes-AMG GT4, Porsche Panamera, dan Audi A7 (sekadar menyebut beberapa jenama).

Menurut artikel yang diterbitkan oleh CarThrottle, terdapat desas desus yang menyatakan Ford bakal hadir dengan model Mustang empat pintu dan maklumat tersebut terdedah menerusi satu pertemuan di antara para pengedar di Amerika Utara. 

Tidak banyak info lanjut yang diperoleh, namun apa yang boleh disimpulkan, model Mustang empat pintu tersebut bakal dibangunkan berasaskan casis Explorer dengan bantuan enjin bentangan V8 berkuasa turbo. 

Tidak diketahui bagaimana jenama Ford bakal bersaing dengan jenama-jenama yang telah diketahui umum kekuatan mereka di dalam penghasilan kereta segmen tersebut, namun berdasarkan berita ini, Ford dikatakan sangat yakin dengan kepopularan Mustang di kalangan para peminatnya. 

Bagaimana dengan pendapat anda? 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model terbaru yang boleh dibeli pasukan lumba ialah Ford Mustang GT3 yang diperkenalkan pada…
Berita Global
  Terbaru Ford Performance memperkenalkan Mustang Super Cobra Jet 1800 untuk mencipta rekod…
Berita Global
  Siri model perlumbaan itu didedahkan pada 14 September, hari yang sama Mustang 2024 dan Mustang…