Ford Mustang Eleanor dari filem Gone in 60 Seconds untuk direbut - dari RM1.5 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi para peminat filem aksi pasti tidak akan melupakan kelibat Ford Mustang Shelby GT500 "Eleanor" yang dipandu oleh Nicholas Cage dalam babak akhir filem Gone in 60 Seconds tahun 2000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikatakan, sebanyak 11 buah Ford Mustang Eleanor telah dibina untuk produksi, namun hanya tiga unit daripadanya yang masih berfungsi dan salah satu daripada model ini bakal dijual untuk mereka yang berminat.

 


Menurut iklan yang dipaparkan menerusi Al Alin Class Motors, jentera Mustang fastback ini dilengkapi dengan enjin bentangan V8 OHV dengan pengecas lampau yang menghasilkan 650 kuasa kuda.

Terdapat juga butang suis "Go-baby-Go" pada tombol gear, botol NOS, lencana Gone in 60 Seconds, tempat duduk balutan kulit serta tandatangan Carrol Shelby pada papan pemuka Mustang ini.

 


Dengan jarak perbatuan sekitar 1,603 km sahaja, harga jualan yang diminta bermula dari AED 1,300,000 atau RM1.5 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.