Ford Mustang di Kedah rupanya klon, kereta sebenar ada di Sarawak

oleh SALINA JALIL|
Kereta mewah jenis Ford Mustang ditemui di premis perniagaan baik pulih kenderaan di Shahab Perdana, Mergong di Alor Setar, rupanya kereta klon yang pemilik sebenarnya berada di Sarawak.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kereta itu dirampas Bahagian Penguatkuasa JPJ Kedah ketika melakukan rondaan jam 1.30 tengah hari semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat kuasa JPJ bersama polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum menemui kenderaan itu.

 

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit. Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut," katanya.

 

JPJ meminta orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan agensi itu, menyalurkannya kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.   "Satu kes…
Berita Global
Namun, ia sebenarnya merupakan sebuah Force Motors Trax Cruiser yang berasal dari India dan…