Geng-geng yang gila kuasa sudah tentu boleh mendapatkan pakej H850 daripada firma talaan terkenal, Hennessey.
Untuk varian Dark Horse Mustang ini, Hennessey mampu meningkatkan angka output kepada 850 hp dan 884 Nm yang boleh dipadankan dengan transmisi manual Tremec enam kelajuan atau automatik 10 kelajuan Ford.
Antara perubahan yang dibuat termasuklah memadankan unit pengecas lampau, penyuntik bahan api yang lebih berprestasi, sistem aruhan udara aliran tinggi, pam bahan api aliran tinggi dan perisian pengurusan enjin yang dikemas kini.
Selain itu, aspek kosmetik turut diserikan dengan padanan skirt sisi, splitter hadapan dan spoiler belakang - kesemuanya diperbuat daripada bahan gentian karbon, diikuti dengan rim tempa, grafik badan, serta emblem khas.
Hennessey tidak mengumumkan harga sebenar pakej H850 itu, namun setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 36,000 batu.