Ford Mustang Cobra Jet 1400 - jentera drag elektrik 1,400 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada sebuah lagi jentera elektrik Mustang, akan tetapi ia bukanlah jentera Mustang yang biasa kita lihat, atau saudara terdekat kepada crossover Mustang Mach-E.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, ia merupakan jentera drag prototaip yang tampil dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya dengan angka output yang sangat impresif dan mampu menaikkan bulu roma anda saat ia dilancarkan kuasanya.

Ford Mustang Cobra Jet 1400 didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan menghasilkan 1,400 kuasa kuda dan daya kilas 1,500 Nm yang memacu roda belakang menerusi sistem transmisi sekuential.

 


Hasilnya, jentera drag ini mampu memecut melintasi tanda suku batu dalam masa hanya lapan saat sahaja dengan kelajuan menjangkaui 274 km/j!

Ford telah memastikan kadar ketegaran casis dengan pemasangan sangkar keselamatan penuh, sistem suspensi dan sistem brek yang dinaiktaraf serta set tayar Mickey Thompson di belakang.

 


Untuk memberhentikan jentera ini di akhir laluan, terdapat sistem payung terjun yang diletakkan di bahagian belakang serta wheelie bar yang mampu mengelakkan kereta daripada terbalik saat ia dilancarkan.

Menurut Ford, Mustang Cobra Jet 1400 ini juga merupakan homaj kepada jentera drag Mustang 428 Cobra Jet 1968 yang dibangunkan daripada kilang, serta didatangkan dengan enjin V8 7.0 liter yang menghasilkan 400 hp.