Ford Mustang #1 paling popular diabadikan di platform Instagram

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika Facebook kini merupakan pentas untuk berlumba-lumba berkongsi karangan kisah hidup, Instagram pula merupakan satu platform pilihan untuk berkongsikan gambar kereta masing-masing tanpa perlu memerah otak dengan berlebihan. 

Bahkan kami juga menggunakan platform Instagram untuk berkongsikan apa jua kenderaan yang kami pandu uji bagi mendapatkan maklum balas orang ramai serta menjawab persoalan yang terbuku di dada. 

Namun, sejak bertahun-tahun anda melibatkan diri di Instagram, tahukah anda kereta apa yang paling popular di atas muka bumi ini (selain awek cantik manis)?
 


Veygo telah menjalankan kajian terhadap platform media sosial ini dan hasil pencarian yang didapati mungkin akan membuatkan anda terkejut. 

Menduduki tempat pertama dalam pencarian ialah Ford Mustang, di mana anda boleh mendapatkan kira-kira 11,947,872 buah gambar dengan mencari tanda pagar #fordmustang dan #mustang. 

Model kedua paling popular tidak lain dan tidak bukan, Honda Civic!

Ini tidak mengejutkan kerana rekaan agresif Honda Civic FC sememangnya diminati golongan muda, dengan jumlah keseluruhan pencarian kira-kira 7,402,365 gambar menerusi tanda pagar #hondacivic dan #civic. 
 


Tempat ketiga pula jatuh kepada Nissan GT-R R35 dengan jumlah gambar yang dipaparkan 7,019,123 buah menerusi tanda pagar #nissangtr dan #gtr.

Jika anda melihat senarai sepuluh kereta teratas, terdapat BMW M3, Jeep Wrangler, Chevrolet Camaro, Chevrolet Corvette, BMW M4, Lamborghini Aventador dan Audi R8 (mengikut turutan). 

Menariknya, kajian Veygo mengasingkan Honda Civic Type R sebagai satu entri berasingan daripada Honda Civic, dengan jumlah pencarian kira-kira 1,834,422 post di Instagram. 

Jadi, berdasarkan senarai 30 buah kereta paling popular di Instagram, yang mana satu kegemaran anda?

 

Sumber: Veygo

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, lokasi tersebut sangat popular di kalangan pelancong disebabkan kedudukan landasan…
Berita Global
Untuk melaksanakan hasrat tersebut, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu mempunyai…
Berita Global
Kajian tersebut mendapati Nissan GT-R merupakan model kereta yang paling banyak mendapat perhatian…