Ford mulakan semula operasi produksi bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan rasmi, Ford mengesahkan akan memulakan semula operasi di beberapa fasiliti bermula 4 Mei ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara fasiliti yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Saarlouis Vehicle Assembly Operations, Jerman
  • Cologne Assembly Operations, Jerman
  • Engine Plant, Jerman
  • Valencia Vehicle Assembly Operations, Sepanyol
  • Craiova Vehicle Assembly Operations, Romania
  • Engine Plant, Romania

Sementara operasi di Valencia Engile Plant pula akan bermula pada 18 Mei ini manakala fasiliti Dagenham dan Bridgend Engine Plants di UK pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

 


Produksi di kilang yang disebutkan tadi akan mengutamakan kenderaan yang telah ditempah oleh pengedar terlebih dahulu sebelum dipertingkatkan kepada operasi penuh, dan mengambil kira ketersediaan pembekal, kekangan pergerakan nasional, pembukaan semula pusat jualan serta permintaan pelanggan.

Ford juga turut sama mengambil beberapa langkah berjaga-jaga bagi melindungi pekerja daripada kemungkinan jangkitan seperti:

  • memastikan setiap pekerja memakai pelitup muka yang dibekalkan, serta pelindung muka di beberapa seksyen pemasangan di mana peraturan penjarakan sosial tidak dapat dipenuhi.
  • setiap orang yang memasuki fasiliti Ford akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu di pintu masuk
  • pemeriksaan program penilaian kendiri bagi memastikan tahap kecergasan dan kesediaan untuk bekerja sebelum memasuki fasiliti Ford.
  • Penyusunan semula ruang kerja bagi memastikan penjarakan sosial dikekalkan serta shif kerja secara berfasa bagi mengurangkan kepadatan pekerja di dalam bangunan.

 


Setiap pekerja juga akan dibekalkan dengan 'care kit' yang turut merangkumi pelitup muka pakai buang, termometer serta beberapa peralatan pembersihan diri.

Selain daripada memulakan operasi produksi kenderaan, Ford juga turut sama menghasilkan pelitup muka untuk kegunaan di dalam fasiliti di seluruh Eropah untu kegunaan ketika bekerja atau tugasan melawat tapak Ford.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…