Bercakap kepada CNBC, pengurus pemasaran trak Ford, Todd Eckert berkata, 25 peratus (satu per empat!) daripada pembeli trak Maverick adalah pemilik wanita, berbanding 16 peratus daripada jualan trak pikap saiz penuh.
Tambahan pula, lebih daripada suku pembeli merupakan golongan berusia antara 18 hingga 35 tahun.
"Kami kini melihat banyak pembeli baharu datang kepada Ford. Dan ia bertepatan dengan cita-cita kami untuk menjadikan Maverick sebagai produk sasaran kepada golongan pembeli muda," ujar Eckert.

Salah seorang daripada pembeli Maverick, Christopher Molloy II, 23 tahun menjelaskan, "saya pada mulanya tidak mencari Maverick, dan saya tidak tahu pun produk ini wujud.
"Saya mencari sebuah kenderaan seperti SUV, memandangkan trak adalah mahal sehinggalah saya melihat Maverick.
Menurut Derek Lee, pengurus besar Ford Long McArthur di Kansas, "sepanjang 25 tahun di dalam perniagaan, saya tidak pernah melihat pengeluar membawakan produk yang sangat laku seperti Maverick.
Tambah beliau, pengedarnya kini sudah mendapat lebih 400 unit tempahan Maverick.

Sebagai makluman, Ford telah berjaya menjual lebih daripada 4,100 unit Ford Maverick sepanjang bulan pertama penuh penjualan trak unibodi itu pada bulan Oktober.
Sumber: CNBC