Ford, Mahindra tak jadi kerjasama di India, COVID-19 punya pasal!

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2019, Ford dan Mahindra telah mengumumkan pelan perancangan untuk membentuk satu usahasama bagi membangunkan dan memasarkan kenderaan berjenama Ford di pasaran India, serta mensasarkan penembusan pasaran dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perancangan itu, Mahindra dikatakan akan memiliki sebilangan besar pegangan di dalam syarikat usahasama itu, dan Ford pula akan memindahkan hampir kesemua operasi, serta kilang pemasangan di Chennai dan Sanand kepada entiti baharu itu.

Namun, perancangan tersebut tidak menjadi akibat perubahan ekonomi dan perniagaan yang tidak menentu sejak 15 bulan kebelakangan ini.

Lebih menambah buruk keadaan adalah penularan wabak pandemik COVID-19 yang memaksa kedua-dua syarikat meneliti semula keutamaan perniagaan masa kini.

Disebabkan itu, Ford kini masih lagi menguasai operasi mereka di India, namun mereka juga kini sedang aktif meneliti operasi perniagaan di seluruh dunia termasuk di India bagi memastikan mereka mencapai 8 peratus margin EBIT selain memastikan aliran tunai yang konsisten.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…