Ford lancar Ranger edisi terhad Stormtrak, Wolftrak untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kitaran hayat Ford Ranger T6 kini sudah menghampiri penghujung, namun ia tidak menghalang Ford daripada terus menawarkan versi edisi khas di pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi yang dimaksudkan adalah Ford Ranger Stormtrak dan Ford Ranger Wolftrak.

 

Ford Ranger Stormtrak


Versi Stormtrak ini dibangunkan berdasarkan model popular Wildtrak dan menampilkan beberapa penambahbaikan serta kelengkapan yang tersendiri.

Seperti contoh, kemasan luar Rapid Red merupakan warna eksklusif untuk versi Stormtrak, diikuti dengan kemasan merah pada gril, bonet dan juga decal badan.

Namun, anda boleh juga mendapatkan warna lain seperti Frozen White atau Blue Lightning.

 


Selain daripada itu, Ford Ranger Stormtrak mendapat kelengkapan seperti lampu utama LED, perlindungan bawah badan, bed liner, pembahagi muatan, Power Roller Shutter, bampar belakang hitam, dan lencana tiga dimensi.

Ruang kabin pula mendapat kemasan upholsteri yang sama seperti Ranger Raptor, diikuti dengan kemasan jahitan logo Stormtrak, serta jahitan kontras merah pada papan pemuka.

Ford Ranger Stormtrak didatangkan dengan enjin 2.0 liter EcoBlue yang menghasilkan 210 kuasa kuda dan 500 Nm, sistem transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

 

Ford Ranger Wolftrak


Satu lagi penawaran edisi terhad adalah Ford Ranger Wolftrak, dan ia boleh dibezakan menerusi penampilan bar sports berbentuk tiub, kemasan warna Conquer Grey, bed liner, kemasan hitam matt, dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Secara asasnya, Ford Ranger Wolftrak merupakan Ranger XLT yang menggunakan enjin 2.0 liter EcoBlue yang menghasilkan 167 kuasa kuda, dengan padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik 10 nisbah kelajuan.

 


Namun, Ranger Wolftrak turut menerima kelengkapan seperti sistem pacuan empat roda dengan low range, diff kekunci elektronik dan tayar all-terrain sebagai ciri standard.

Ford juga turut menawarkan opsyen berupa Power Roller Shutter untuk model-model Ranger Wildtrak Double Cab, di mana ia boleh dibuka atau ditutup dengan menggunakan key fob atau butang khas yang terletak di bed belakang atau dalam kabin.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…