Ranger WildTrak 4x4 3.2L yang lebih berkuasa dan cekap dalam warna Meteor Grey mengekalkan gabungan teknologi pintar yang tiada tandingan dalam aspek keselamatan dan dilengkapi dengan ruang dalaman yang praktikal serta keupayaan mengharungi air serta menunda dan mengangkut muatan, terbaik dalam kelasnya. Ia menjana kuasa 200 PS pada 3,000 rpm dengan tork setinggi 470 Nm menjadikan sebarang halangan rupabumi ditempuhi dengan cukup mudah. WildTrak juga mempunyai sistem infotainment bebas-tangan SYNC™3 terkini yang dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci untuk mengaktifkan Apple CarPlay™ dan Android Auto ke Ford anda.
Ranger FX4 2.2L dalam Cool White pula menampilkan trim and aksesori naik-taraf dalam warna hitam untuk ‘rollbar’ dan rim 18 inci, menyerlahkan kuasa dan prestasinya. Dengan janaan kuasa 160 PS dan tork setinggi 385 Nm, enjin diesel turbo Duratorq empat silinder dan transmisi automatik 6-kelajuan. Ranger FX4 berupaya mengangkut kapasiti muatan sebanyak 1 tan.

“Para pelanggan kami di Malaysia sudah kenal dengan Ford Ranger yang ikonik, trak pikap yang terbaik dalam kelasnya dan telah menerima pelbagai anugerah, kerana keupayaannya yang tiada tandingan, teknologi pintar yang terkini dan ciri-ciri keselamatan yang dibina kukuh tetapi masih menyerlahkan gaya yang tersendiri,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion. “Ranger WildTrak dan FX4 dibangunkan atas dasar ini dengan warna-warna baru yang pasti membuatkan hati anda tertawan untuk memilikinya di tahun baru ini.”
Ford Ranger WildTrak dalam Meteor Grey dijual pada harga RM141,588 atas jalan tidak termasuk insurans manakala Ford Ranger FX4 dalam Cool White pula berharga RM121,888 (Semenanjung Malaysia) atas jalan, tidak termasuk insurans. Harga tertera adalah termasuk GST.

Untuk maklumat lanjut tentang edisi terhad Ranger menarik ini, sila layari laman web pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina Ringkas) SDAC yang baru dilancarkan di www.sdacford.com.my. Laman web mesra pengguna itu juga dilengkapi chatbot dalam Bahasa Inggeris untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai alternatif, kunjungi bilik pameran Ford berdekatan anda hari ini.