Ford lancar Mustang 2022, Mustang Mach-E 2022 versi Ice White Edition

oleh Mohamad Hanif|
Ford baru-baru ini mengumumkan penawaran edisi khas Ice White Edition bagi kedua-dua model Mustang Coupe 2022 dan Mustang Mach-E 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun membawakan nama yang serupa, Ford menawarkan pakej yang sedikit berbeza untuk kedua-dua model tersebut.
 

Mustang


Untuk Ford Mustang Coupe, ia menampilkan warna luaran Oxford White diikuti dengan rim bersaiz 19 inci dengan warna yang serupa, serta lencana Oxford White pada bahagian hadapan, belakang serta sisi coupe tersebut.

Unit lampu belakang pula didatangkan dengan perumah jernih.
 

Mutang


Sementara kemasan ruang kabin pula didatangkan dengan upholsteri kulit hitam dan putih, trim aluminium yang dikontraskan dengan warna hitam, serta kemasan jahitan putih pada tuil gear, tempat duduk, penghadang kepala, konsol tengah dan panel pintu.
 

Mustang Mach-E


Model crossover elektrik Mustang Mach-E pula mendapat layangan warna berbeza, iaitu Star White pada badan dan pelindung cermin sisi, namun bahagian roda serta lencana didatangkan dengan warna Oxford White.

Tidak seperti Mustang Coupe, Mustang Mach-E Ice White Edition pula menampilkan upholsteri kelabu (Light Space Grey) dan putih, roda stereng balutan kulit hitam, serta trim perak cerah pada papan pemuka.
 

Mustang Mach E


Difahamkan, penawaran edisi khas Ice White Edition ini hanya dihadkan kepada model Mustang yang lebih premium, namun tiada sebarang harga jualan diumumkan pada masa ini.