Ford lancar Karnival Jualan Ranger bulan ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ untuk Semenanjung Malaysia. 

Karnival jualan tersebut berlangsung dari Ogos ini sehingga Oktober depan dan pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan serta menerokai pengalaman bersama Ranger Raptor dan Ranger WilTrak melalui pelbagai aktiviti menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antaranya ialah mengalami sendiri pengalaman menggunakan fungsi Parkir Selari Separa Automatik, mengangkat pintu but Ranger dengan satu jari dan mencari peredam hentak Fox Racing Shox pada Ranger Raptor.

Pelanggan yang menempah Raanger pula akan berpeluang untuk memenangi sebuah basikal yang sesuai dengan gaya hidup aktif.

Sementara itu, para pelanggan yang membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor dalam bulan Ogos sehingga 30 September 2019 akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000.

Pelanggan yang membeli Ranger WildTrak sepanjang tempoh promosi akan turut mendapat
rebat RM3,000.

Tarikh dan lokasi ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger adalah seperti berikut:

 

 

SDAC akan turut membawakan jelajah ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ ke
Malaysia Timur tidak lama lagi.

Untuk maklumat terkini tentang karnival tersebut sila layari:

https://www.sdacford.com.my/bm/acara-promosi/acara-berita/karnival-hujung-minggu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…