Ford labur $1.05 billion untuk kilang pemasangan Ranger, VW Amarok di Afrika Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, kita telah pun melihat kelibat model ujian Ford Ranger generasi baharu yang sedang diuji dan ia dilihat membawakan elemen rekaan yang terdapat pada abangnya yang lebih besar, Ford F-150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Ford kini mengumumkan pelaburan bernilai $1.05 billion bagi memodenkan fasiliti pemasangan trak pikap yang terletak di Silverston, Afrika Selatan.

Ini merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat oleh Ford di benua tersebut, di mana sebahagian daripada wang tersebut akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta persediaan untuk pelancaran Ranger baharu.

Pada ketika ini, Silverston Assembly Plant mempunyai kapasiti pengeluaran sekitar 168,000 unit kenderaan setahun dan ia bakal dipertingkatkan kepada 200,000 unit.

 


Kilang tersebut akan memasang Ford Ranger untuk pasaran tempatan, serta dieksport kepada lebih 100 pasaran di peringkat global.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Ford-VW, kilang Silverston itu juga akan turut memasang model trak pikap VW Amarok.

Dengan pelaburan terbaharu itu, lebih 1,200 peluang pekerjaan bakal tercipta dan meningkatkan kapasiti tenaga pekerja kepada 5,500 orang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…