Ford Kuga 2020 - dengan enjin hibrid

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengganti kepada Ford Escape, Kuga generasi ketiga ini bakal muncul di dalam pasaran global seawal November tahun ini atau awal tahun 2020.

Hairan juga kerana Ford sudah memaparkan bentuknya walaupun tarikh pelancaran rasmi masih lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi rekabentuk, ia lebih mirip kepada Ford Focus generasi terkini kerana Kuga ini sudah nampak sporti.

Seperti biasa, kami jangkakan pemanduan Kuga ini adalah antara yang terbaik di dalam segmennya.

Apa yang lebih menarik ialah Ford juga telah mengumumkan Kuga generasi ketiga akan mempunyai varian dengan sistem Plug In Hybrid (PHEV).

 

 

Ia mampu bergerak sejauh 50 km dengan tenaga bateri sahaja (cukup untuk mendapat insentif cukai ti Eropah) dan selepas itu, enjin 2.5L tanpa turbo itu akan masuk untuk memberikan tenaga sambil mengecaj bateri.

Sistem yang hampir sama dengan PHEV Toyota Prius ini mempunyai tenaga maksimum 225 hp (wow!) dan bateri itu menerima caj setinggi 14.4 kWh.

Ford juga memberikan pilihan Kuga dengan sistem hibrid biasa (tanpa boleh dicaj dengan pengecaj tetap atau Plug In), dengan penjimatan bahan api serendah 4.7L/100km.

 

 

Kuga juga bakal hadir dengan hibrid-ringkas diesel, di mana ia dibantu dengan sistem elektrik 48-volt. Enjin 1.5L diesel hibrid memberikan penjimatan 3.9L/100km sementara enjin 2.0L diesel hibrid memberikan 4.7L/100km.

Enjin petrol 1.5L dengan tiga silinder dan turbocharger pula datang dalam dua talaan - 120 hp dan 150 hp.

Dengan jarak roda yang lebih panjang, Kuga ini lebih besar dari model sekarang tetapi 90 kg lebih ringan dari Kuga sekarang. 

 

 

Papan pemuka juga lebih ke arah Focus sementara untuk varian hibrid, ia lengkap dengan sistem "noise cancellation" yang membantu memberikan kabin yang senyap (hibrid selalunya mempunyai kurang penebat bunyi).

Careta tidak pasti Kuga hibrid ini akan datang ke Malaysia kerana jika ia diimport masuk, varian hibrid akan menjadi terlalu mahal. Insentif cukai hanya diberikan kepada kenderaan EEV jika ia dipasang di dalam negara.

Varian 1.5L dengan tiga-selinder lebih menjadi pilihan utama jika ia dijual di sini. Seteru utama ialah Honda CR-V dengan enjin 1.5L turbo.

Dunia SUV semakin menarik bukan?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…