Ford ingin aplikasikan penggunaan tali sawat pusat membeli belah di dalam SUV

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin merupakan satu idea yang kedengaran agak gila dan tidak masuk akal, akan tetapi Ford baharu sahaja mendaftarkan paten tali sawat yang biasanya terdapat di pusat membeli belah (conveyor belt) untuk kegunaan SUV besar, bagi memudahkan urusan keluar masuk barang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi paten terbaharu ini, Ford ingin mengaplikasikan kemudahan tersebut supaya para pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah untuk mencapai barangan mereka, apatah lagi bagi mereka yang memiliki SUV/MPV tiga baris tempat duduk yang bersaiz besar.
 


Apa yang menariknya, pemasangan tali sawat ini tidak memerlukan penggunaan ruang yang besar, sebaliknya ia dipasang pada bahagian belakang tempat duduk, dan ia boleh diaktifkan apabila tempat duduk dilipat sepenuhnya menerusi suis di bahagian ruang kargo belakang. 

Bagi mereka yang senantiasa bergelumang dengan pusat membeli belah terkemuka di dalam negara, penciptaan paten tali sawat ini sememangnya berguna, dan mungkin golongan yang kurang berupaya dan warga tua juga boleh berterima kasih kepada Ford kerana mendatangkan ciri yang inovatif ini. 

Itu pun sekiranya Ford sanggup merealisasikan idea bergeliga ini pada masa akan datang.