Ford henti pemasangan Fiesta di Jerman disebabkan masalah bekalan cip dari Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor kini terus melanda beberapa pengeluar automotif global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford dalam satu perkembangan terbaharu menghentikan sementara produksi Ford Fiesta yang dipasang di kilang Cologne, Jerman bermula 23 hingga 28 Ogos disebabkan masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Menurut wakil Ford memberitahu Automobilwoche, terdapat peningkatan kes jangkitan coronavirus di salah sebuah kilang pembekal cip semikonduktor di Malaysia, mengakibatkan masalah penghantaran pada pembekal modul pintu.

Semenjak bulan Mei sehingga pertengahan bulan Julai, produksi Fiesta di Cologne terpaksa dihentikan beberapa kali disebabkan masalah yang serupa.
 

ST


Dalam satu surat yang dihantar oleh pihak pengurusan, mereka meminta pekerja yang baharu sahaja pulang 'bercuti panjang' untuk bekerja dalam tempoh jam yang singkat dalam masa dua minggu bermula 17 Ogos yang lalu.

Surat itu turut menyebut keadaan ini mungkin berterusan untuk tempoh yang lama, memandangkan bekalan untuk produksi yang dijadualkan pada 6 September masih lagi tidak dapat dipastikan.

Di fasiliti Cologne yang merupakan ibu pejabat Ford di Eropah, Ford mempunyai kira-kira 15,000 orang tenaga pekerja, di mana 5,000 orang dikhususkan untuk produksi Fiesta manakala selebihnya bekerja di bahagian pembangunan serta pentadbiran.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…