Ford hasilkan SuperVan 2,000 PS berkuasa elektrik, 0-100 kmsj kurang dua saat!

oleh Mohamad Hanif|
Ford sebelum ini pernah menghasilkan beberapa model konsep SuperVan dengan menggunakan asas daripada Ford Transit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bersempena dengan acara Goodwood Festival of Speed 2023, Ford menggunakan kesempatan yang ada untuk memperlihatkan sebuah van berkuasa elektrik, dengan kuasa setinggi 2,000 PS!

Dengan menggunakan trenkuasa motor elektrik sebanyak empat unit, van Ford Pro Electric SuperVan ini mampu memecut sepantas kurang 2 saat dari 0-100 km/j!
 

Pro


Dibangunkan oleh Ford Performance bersama pakar perlumbaan STARD, van elektrik 2000 PS ini menampilkan pek bateri 50 kWh yang diposisikan di bahagian tengah untuk mencapai pengagihan berat badan yang optimum, serta titik graviti yang lebih rendah.

Dengan pengecasan pantas, bateri ini boleh dicas penuh dalam tempoh 45 minit sahaja.

Biarpun menggunakan asas daripada E-Transit Custom, Ford Pro Electric SuperVan ini menampilkan rekaan badan yang lebih agresif, dengan pakej aerodinamik seperti splitter depan, skirt sisi diffuser besar di bahagian belakang, serta spoiler bumbung.
 

pro


Bahagian tingkap panel belakang pula kini tidak lagi mampu memuatkan barangan besar, sebaliknya telah diubahsuai untuk tujuan aliran udara yang optimum.

Aspek gantungan asal telah ditukarkan kepada jenis double-wishbone depan dan belakang, diikuti dengan subrangka depan dan belakang serta sistem brek menggunakan spesifikasi perlumbaan.
 

sync4


Sementara ruang dalaman pula tidak lagi menampilkan susun atur yang standard, sebaliknya dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket dan pemasangan sangkar keselamatan penuh, serta skrin infotainmen besar dengan sistem operasi SYNC 4.

Untuk memudahkan pemandu, terdapat lima pemilihan mod pemanduan seperti Road, Track, Drag, Drift dan juga Rally.

Terdapat juga mod yang dikenali sebagai Tire Cleaning Mode di mana ia akan 'digunakan' untuk tujuan 'memanaskan tayar', menurut kata Ford.