Ford guna Strategi Bisik untuk hasilkan kereta lebih senyap

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta di pasaran sekarang boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang betul-betul senyap dan satu lagi jenis bising menceroboh ke dalam kabin sehingga pemilik sanggup hantar ke kedai aksesori untuk tambahan penebat bunyi.

Tidak tenteram rasanya apabila angin kuat, bunyi tayar dan permukaan jalan berdengung masuk ke dalam kereta.

Kereta yang senyap biasanya menggunakan teknologi pemadaman bunyi (voice cancelling) bagi memberi suasana nyaman untuk pemandu dan penumpang. 

Namun ia tidak seringkas itu kerana ada pengeluar mengkaji sehingga ke perincian kecil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kuga ST-Line X 2

 

Ford misalnya menggunakan Strategi Bisik (Whisper Strategy) dengan mengeksploitasi penambahbaikan kecil di sekeliling kereta tetapi memberi impak besar.

Untuk SUV Kuga baharu, Ford memeriksa pelbagai elemen yang menghasilkan bunyi dari suspensi hingga seal pintu bagi mencari jalan untuk menghasilkan kualiti dalaman yang baik.

Satu kaedah yang dibuat ialah menambah lubang pada kerusi balutan kulit di bahagian penyokong (bolsters) untuk model Kuga Vignale.

Kaedah itu mengurangkan kawasan permukaan rata di dalam kabin kereta bagi menyerap bunyi berbanding memantulkannya semula.

 

Kuga Sound Inforgraphic

 

Selain itu, penghadang bunyi yang dibuat secara aerodinamik dipasang di bawah kenderaan bagi menghadkan bunyi jalan dan angin masuk dari luar.

Proses bagi menghasilkan kadar bunyi terbaik memakan banyak masa. 

Para jurutera Ford menghabiskan dua tahun bagi menguji lebih daripada 70 jenis tayar berbeza di atas permukaan jalan tar yang lancar kepada konkrit kasar dan berbatu.

Ujian juga dibuat di dalam keadaan basah dan kering dengan kadar kelajuan berbeza bagi mendapatkan spesifikasi yang tepat untuk mengurangkan bunyi ke tahap minimum di samping memberikan keselesaan dan cengkaman tinggi.

 

Kuga ST-Line X 2

 

Satu lagi kaedah dibuat ialah dengan mengecilkan dan menipiskan laluan pada bahagian belakang panel eksterior untuk wayar dan komponen. 

Ia dibuat bagi menghadkan aliran udara di dalam badan kereta.

Untuk kereta mesra alam seperti Kuga Plug-In Hybrid, kadar bunyi jalan di dalam SUV tersebut hanya 52 dB(A) (ujian terkawal) dan ia bersamaan dengan bunyi hujan turun yang lembut sahaja.

Kadar itu untuk mod EV Now yang menggunakan kuasa bateri dan motor elektrik sepenuhnya.

Selain nadi kuasa canggih, SUV itu mempunyai teknologi Pemadaman Bunyi Aktif yang berfungsi seperti fon kepala dengan teknologi pemadaman bunyi.

 

Kuga ST-Line X 2

 

Ia berfungsi dengan mengesan bunyian kabin frekuensi rendah yang tidak diingini melalui mikrofon yang diletakkan pada lokasi strategik. 

Mikrofon itu kemudian melawan bunyian tersebut dengan gelombang bunyi dari sistem Bunyi Bang & Olufsen.

Berikut ialah satu dapatan menarik di antara bunyi dalaman Ford Anglia tahun 1966 sehingga Ford Kuga Plug-In Hybrid tahun 2020:

Secara kesimpulannya, kereta moden hari ini lebih senyap seiring dengan kemajuan teknologi, pengalaman dan pengetahuan.

Model

Desibel maksimum dB(A)

1966 Ford Anglia

89 (89.4)

1970 Ford Cortina

81 (80.9)

1977 Ford Granada

83 (82.5)

1982 Ford Cortina

79 (78.5)

2000 Ford Mondeo

77 (77.3)

2020 Ford Kuga Plug-In Hybrid

69 (69.3)

*Ujian: Bunyi dalaman kemuncak pada kelajuan sekitar 50 km/j yang diukur pada gear ketiga (model manual).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kuga ST-Line X 2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…