Ford guna kipas tempat duduk trak F-150 untuk bina respirator

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan syarikat 3M untuk menghasilkan Powered Air-Purifying Respirators (PAPRs) sebagai salah satu tindak balas syarikat itu terhadap COVID-19.

PAPRs adalah respirator yang menggunakan udara tercemar yang disedut ke dalam penapis, dan kemudian disalurkan topeng bertutup menggunakan kipas peniup (blower).

Ford akan membantu dalam menyediakan komponen-komponen itu dari simpanan komponen kenderaan mereka sendiri untuk membina respirator-respirator tersebut.

Kipas peniup itu akan menggunakan motor elektrik yang turut digunakan dalam tempat duduk trak pikap F-150 sebagai kipas peniup.

3M akan menghasilkan penapis yang akan membersihkan udara yang disedut masuk.

Motor elektrik dari komponen Ford itu mampu menggunakan bateri 12V kereta, menjadikan ia lebih praktikal dan boleh-alih.

 

 

Berdasarkan lakaran-lakaran dari Ford, ia mungkin akan menggunakan bateri-bateri 12V dari alatan bertukang berkuasa bateri (power tools).

Oleh kerana motor elektrik untuk alat respirator ini hanya akan menggunakan separuh dari kapasiti motor itu, setiap bateri 12V tersebut mampu bertahan sehingga 10 jam.

Ford juga sudah mengarahkan pekerja-pekerja R&D mereka untuk menghasilkan topeng muka bertutup menggunakan pencetak 3D.

* Laporan asal dari Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Ambil Inspirasi Terus Dari Ford F-150 Kasut ini tampil dengan identiti F-150 yang jelas.…
Berita Global
Petunjuk Awal dari Ford Racing Menurut kenyataan rasmi, model ini digambarkan sebagai bukti…
Berita Global
Dominasi EV China Farley menegaskan bahawa syarikat seperti BYD, Geely, Nio dan Xiaomi membuktikan…