Ford Focus ST Wagon - 276 hp/420 Nm, khusus untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|

Tidak seperti pasaran negara lain seperti Amerika yang kini banyak dikuasai oleh trak pikap, crossover dan SUV, lain pula halnya untuk pasaran Eropah di mana pasaran wagon masih lagi wujud.

Jadi, tidak begitu menghairankan apabila pengeluar seperti Toyota masih menghasilkan model wagon, seperti Corolla Hybrid, dan tidak dilupakan SEAT, Skoda dan pengeluar wagon terkenal yang lain. 


 


Sama juga halnya dengan Ford yang kini mengalihkan fokus mereka kepada pasaran Eropah dengan memperkenalkan wagon Focus ST yang lebih berorientasikan prestasi tinggi, sebagai satu alternatif kepada versi hatchback dengan ruang barangan yang lebih besar.

Dua varian enjin ditawarkan, dimulakan dengan enjin EcoBoost 2.3 liter petrol yang menghasilkan 276 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas. 
 


Kuasa tadi disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan atau kotak gear opsyen automatik tujuh nisbah kelajuan. 

Manakala enjin diesel 2.0 liter EcoBlue pula berdaya menghasilkan 187 hp dan 400 Nm, namun tiada sebarang angka masa pecutan dikeluarkan oleh Ford buat masa ini. 
 


Tidak cukup sekadar itu, Ford juga melengkapkan Focus ST wagon ini dengan bermacam peralatan seperti limited slip differential (LSD), stereng berkuasa elektrik dengan kadar respons terpantas, tempat duduk Recaro serta sistem suspensi bebas di bahagian belakang. 

Harga jualan pula masih belum didedahkan secara rasmi oleh Ford, namun ia bakal menjadi pesaing kepada model-model hebat seperti SEAT Leon Cupra R ST dan Skoda Octavia RS Combi. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi gambar acah yang dipertontonkan pada laman rasmi Facebook Volvo Car Malaysia, ia…
Berita Global
Sebagai contoh, wagon sudah lama muncul sebagai sebuah kenderaan yang mampu memuatkan lima orang…
Berita Global
Corolla Trek dibangunkan sebagai penghargaan kepada syarikat pengeluar basikal terkemuka Amerika,…