Ford Focus ST Edition muncul - khas untuk pasaran Eropah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model Ford yang sukar untuk didapati di pasaran tempatan adalah Ford Focus, di mana versi hot hatch Focus ST terbaharu sudah pun dilancarkan di pasaran Eropah baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Focus ST Edition disifatkan oleh Ford sebagai Focus ST yang paling lincah pernah dihasilkan pada ketika ini, terima kasih kepada beberapa penambahbaikan yang telah diberikan kepada model ini.
 

ST


Seperti contoh, sistem suspensi spesifikasi tinggi KW Automotive yang terdiri daripada gegelung spring boleh laras dua cara, spring salutan serbuk, serta perumah peredam keluli tahan karat tiub berkembar yang diuji sendiri oleh pasukan Ford Performance, termasuk di Litar Nurburgring

Jika dibandingkan dengan Focus ST standard, Focus ST Edition duduk 10 mm lebih rendah dengan ubahan yang boleh dibuat sebanyak 20 mm.

Ford juga turut menyertakan dokumen teknikal khas yang menerangkan tetapan suspensi yang patut dipilih berdasarkan pelbagai kondisi pemanduan, termasuklah mod Nurburgring khas untuk kegunaan litar.
 

ST


Untuk memastikan kereta ini lekat di atas jalan, Ford melengkapkannya dengan rim ringan bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S sebagai ciri standard.

Namun dari segi kuasa, tiada sebarang perubahan diberikan terhadap enjin 2.3 liter EcoBoost yang menghasilkan 280 kuasa kuda dan 420 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Ini membolehkan Focus ST Edition ini memecut sepantas 5.7 saat dari 0-100 km/j.
 

ST


Sayang sekali, Focus ST Edition dengan warna eksklusif Azure Blue ini hanya dikhaskan untuk pasaran Eropah yang terpilih sahaja.