Ford Focus 2022 facelift diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Ford Fiesta 2022 versi facelift dilancarkan pada bulan lalu, Ford kini menawarkan kemaskini yang serupa terhadap model kompak Ford Focus untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini pertengahan kitaran tersebut boleh dikatakan agak minima jika dilihat dari sudut luaran, namun apa yang berubah adalah dari segi penawaran keselamatan, trenkuasa serta teknologi yang dimuatkan.

Perubahan yang ketara boleh dilihat pada rekaan unit lampu utama, di mana penawaran lampu LED adalah standard untuk semua varian, diikuti dengan jalur LED DRL yang lebih jelas, sementara unit lampu belakang LED juga menampilkan grafik baharu.

Apa yang membezakan setiap varian adalah rekaan gril di mana varian Connected dan Titanium mendapat rekaan gril menegak dengan kemasan krom berkilat dan bar melintang pada bahagian bawah, sementara model ST-Line pula menampilkan rekaan sarang lebah pada gril hadapan.
 

wagon


Versi Crossover Active pula mendapat penambahan cladding badan plastik, dan rekaan gril menegak.

Dari segi kuasa, Ford kini menawarkan nadi EcoBoost mild hybrid 48 voltan dengan dua output yang berbeza, iaitu 123 hp atau 153 hp yang dipadankan dengan pilihan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Tidak ketinggalan, hot hatch Ford Focus ST di mana ia masih lagi mengekalkan nadi EcoBoost 2.3 liter yang menghasilkan 276 hp, namun dengan rekaan rim aloi serba baharu, warna Mean Green dan tempat duduk baharu menggantikan unit Recaro yang terdapat pada model terdahulu.

Bagi mereka yang tidak menggemari mana-mana model yang disebutkan tadi, terdapat juga pilihan Focus dengan nadi bukan hibrid, di mana ia didatangkan dengan enjin EcoBoost 1.0 liter dengan dua output (98 hp atau 123 hp) yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Sementara pilihan enjin diesel 1.5 liter EcoBlue boleh didapati dalam dua output (94 hp atau 118 hp) yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.
 

Focus


Ruang kabin pula menampilkan perubahan besar dari segi sistem infotainmen, di mana Ford Focus kini dilengkapi dengan sistem terbaharu Sync 4 yang menyokong perkhidmatan dalam talian, kemaskini over-the-air, aplikasi peranti pintar FordPass dan skrin tengah bersaiz 12.3 inci.

Aspek keselamatan pula dipertingkatkan dengan penambahan ciri seperti sistem pemantauan titik buta dan bantuan pemanduan di persimpangan.

Untuk pemilik wagon, Ford mendatangkan aksesori yang praktikal seperti karpet trunk yang mudah untuk dibersihkan, lantai yang boleh dilaraskan bergantung kepada penggunaan, serta zon basah untuk meletakkan baju basah atau payung.
 

Focus


Untuk pasaran Eropah, Ford Focus 2022 dijual pada harga bermula dari £22,465 (RM127,852) untuk varian Trend, diikuti dengan model ST-Line sekitar £24,545 (RM139,690).

Sementara model Focus ST pula berharga £33,885 (RM192,845), atau £3,630 lebih mahal jika dibandingkan dengan model terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…
Berita Global
Sistem mild-hybrid ini terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang disokong…
Berita Domestik
  Para pelanggan berpeluang mendapat faedah dengan penjimatan yang ditawarkan untuk alat ganti dan…