Ford Fiesta terlaris, pasaran UK jatuh teruk pada Mac 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini impak nyata dari wabak Covid-19. Pasaran kereta di United Kingdom pada Mac jatuh sebanyak 44.4 peratus mengikut data yang dikeluarkan oleh Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT).

Peratusan itu bersamaan 203,370 unit berkurang dibandingkan dengan Mac 2019. Bilik pameran kereta di UK ditutup selari dengan nasihat kerajaan bagi mengekang penyebaran coronavirus.

Tidak hanya di UK, pasaran lain di Eropah turut mengalami prestasi yang teruk pada Mac dengan Itali jatuh sebanyak 85 peratus, Perancis 72 peratus dan Sepanyol 69 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
UK NEW CAR REGISTRATIONS FALL -44.4% IN MARCH AS CORONAVIRUS CRISIS HITS MARKET

Secara keseluruhan, 254,684 kereta baharu didaftarkan pada Mac dengan permintaan dari pembeli persendirian dan kenderaan lebih besar jatuh sebanyak 40.4 peratus dan 47.4 peratus.

Walaupun jatuh, segmen kenderaan mesra alam melawan arus dengan pertambahan jualan.

Pendaftaran kereta elektrik bateri (BEV) meningkat tiga kali ganda kepada 11,694 unit dengan pegangan pasaran 4.6 peratus.

Kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula meningkat 38 peratus manakala kenderaan elektrik hibrid (HEV) jatuh 7.1 peratus.

 

UK NEW CAR REGISTRATIONS FALL -44.4% IN MARCH AS CORONAVIRUS CRISIS HITS MARKET

 

Dengan keadaan sekarang banyak bilik pameran berkemungkinan kekal ditutup untuk beberapa minggu lagi, ada syarikat yang masih beroperasi untuk penyerahan kepada pekerja kritikal termasuk bengkel yang beroperasi untuk pembaikan.

Setakat ini SMMT menjangkakan pendaftaran baharu bagi tahun ini ialah 1.73 juta atau sekitar 25 peratus lebih rendah berbanding 2019.

Berikut ialah senarai lima model terlaris di UK:

Mac 2020

  1. Volkswagen Golf: 7,103
  2. Ford Fiesta: 6,687
  3. MINI: 6,019
  4. Ford Focus: 5,985
  5. Nissan Qashqai: 5,907

Januari - Mac 2020:

  1. Ford Fiesta: 15,897
  2. Volkswagen Golf: 14,587
  3. Ford Focus: 14,036
  4. Vauxhall Corsa: 12,064
  5. Nissan Qashqai: 11,808

Mari doakan agar wabak Covid-19 ini segera dihilangkan dan kita semua selamat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin