Ford Fiesta - bukan nama baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebut sahaja Ford Fiesta, akan terbayang gambaran Kent Block membawa sebuah Fiesta dengan gaya rallycross yang menarik.

Memang, Fiesta sebenarnya lebih banyak memenangi kejuaraan rallycross berbanding dengan hatchback-hatchback lain di dalam pasaran yang kononnya sporty.

 

Kerana itu juga, hanya kaki kereta tulen yang akan memiliki Fiesta ini kerana mereka lebih percaya kepada prestasi sebenar daripada "hanya kelihatan laju".

Apapun, nama Fiesta bukanlah satu nama yang baharu sebenarnya. Generasi pertama Fiesta muncul di United Kingdom sejak tahun 1976 lagi dan Fiesta sebenarnya diasalkan sebagai model khusus untuk pasaran Ford Eropah sahaja.

 

Sama-sama kita baca apa lagi sejarah akan Fiesta, hatchback prestasi dari Ford ini.

1. Nama sebenar untuk projek Fiesta sebenarnya ialah Bobcat.

2. Nama Fiesta dipilih oleh cucu Henry Ford, Henry Ford II yang berkata nama itu empena meraikan hubungan syarikat Ford dengan Sepanyol kerana Ford mula membuat enjin di sana selepas Fiesta dilancarkan (selepas itu).

3. Tahun lalu, umur Fiesta genal 40 tahun! 

5. Ia pernah menjadi model kereta paling laku di UK dan di Jerman selama enam tahun berturut-turut (1982 - 1987). Di UK, ia menjadi kereta paling laku setiap bulan selama tujuh tahun berturut-turut!

 

6. Pada mulanya, Ford Escort memegang takhta model Ford paling popular di UK dengan jualan sebanyak 4.1 juta unit. Fiesta kemudian memotong dengan jualan melebihi 4.3 juta Fiesta terjual di UK sejak ia diperkenalkan.

7. Ford telah menjual lebih dari 18 juta unit Fiesta di seluruh Eropah.

 

8. Sistem telefon bebas tangan Bluetooth pada Ford Fiesta adalah antara terbaik di dalam kenderaan pada julat harga di bawah paras RM110,000. Kedudukan mikrofon di dalam konsol tengah di atas siling dan juga mikroprosesor yang digunakan oleh sistem SYNC mengawal mutu audio agar pertuturan didengar lebih jelas. 

 

9. Sistem pengaktifan guna suara atau Voice Command pada SYNC juga adalah antara yang terbaik untuk kenderaan pada  julat harga di bawah RM110,000. Ia mudah digunakan dan tidak terasa seperti sebuah fungsi "add-on".

10. Fiesta ini juga mempumnyai mutu audio yang sangat baik, samada dari sumber CD, USB ataupun Bluetooth untuk mendengar lagu pilihan dari Spotify. Jangan percaya cakap kami, bawa telefon pintar anda dan cuba sendiri di dewan pameran Ford.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…