Ford F-150 Tremor 2021 dengan keupayaan off-road dipertingkat!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan Ford F-150 sudah pun tersedia popular di Amerika Syarikat, Ford sebelum ini telah pun hadir dengan beberapa varian seperti FX4 untuk pengguna biasa, dan versi Raptor yang lebih agresif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, jika anda merupakan sebahagian daripada golongan yang tidak begitu menggemari kedua-dua versi tersebut, terdapat sebuah varian baharu yang diperkenalkan, iaitu F-150 Tremor dengan ciri pemanduan off-road yang dipertingkat!

 


Ford F-150 Tremor masih lagi menggunakan rangka keluli berkekuatan tinggi dan badan aloi aluminium yang sama seperti varian standard, diikuti dengan penawaran enjin EcoBoost V6 3.5 liter, transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Namun, sistem suspensi telah dinaiktaraf bagi menyesuaikannya dengan pemanduan off-road, di mana spring depan dan belakang telah ditambah ketinggiannya, manakala komponen lain seperti front hub knuckle dan upper control arm turut diberikan penambahbaikan.

 


Sistem penyerap hentak monotube depan dan twintube di belakang telah ditala semula untuk memberikan penyerapan yang lembut pada kelajuan rendah, dan dan lebih kawalan untuk pemanduan off-road yang lebih serius.

Disebabkan itu, jarak pergerakan suspensi turut bertambah sebanyak 1 inci di depan dan 1.5 inci di belakang, manakala sudut approach, departure dan breakover pula masing-masing 27.6, 24.3 dan 21.2 darjah.

Bagi mereka yang mahukan lebih daripada itu, komponen LSD standard belakang dan depan boleh dinaiktaraf kepada unit Torsen.

 


Dengan unit transfer case torque-on-demand yang sama didapati pada F-150 Raptor, Ford F-150 Tremor ini mampu menunda beban seberat 4.944 kg dan membawa beban seberat 855 kg.

Tambahan kepada sistem mod pemanduan standard (Normal, Sport, Tow/Haul, Eco, Slippery, Deep Snow/Sand, Rud/Mud), Ford telah menambah satu mod baharu yang digelar sebagai Rock Crawl yang boleh dibantu dengan pakej kamera 360 darjah, pemanduan trail satu pedal, serta trail control yang bertindak seakan cruise control bagi kegunaan off-road.

 


Dari segi luaran, trak pikap F-150 Tremor 2021 ini menampilkan rekaan grill yang unik dan warna hitam kusam, elemen warna jingga yang terdapat pada gril dan cangkuk, serta perkataan Tremor pada pintu tailgate.

Selain daripada itu, ia juga turut mendapat pemasangan tempat pemijak sisi yang diinspirasikan daripada Raptor, serta tayar 18 inci yang dibaluti tayar 33 inci General Grabbler all-terrain.

 


Ruang kabin F-150 Tremor ini menggunakan trim tempat duduk unik dengan jahitan khas, serta warna aksen Active Orange yang terdapat pada bahagian luaran itu tadi.

Kelengkapan lain adalah standard seperti pek suis AUX yang dipasang pada ruang atas kepala, serta opsyen sistem pencahayaan tambahan yang ditawarkan untuk semua trim.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…