Ford F-150 tawar perlindungan paling lengkap untuk penumpang - IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai pemandu trak pikap menyangka struktur trak pikap yang besar berbanding kenderaan lain mampu menyelamatkan mereka daripada kecederaan akibat pelanggaran. 
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun, berdasarkan ujian kenderaan baharu yang dijalankan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) mendapati daripada 11 buah trak pikap baharu yang diuji, hanya tiga buah model sahaja yang lulus cemerlang, iaitu Ford F-150, Ram 1500 dan Nissan Titan.

Menduduki tangga teratas ialah Honda Ridgeline - satu-satunya model tahun 2019 yang mendapat anugerah IIHS Top Safety Pick - mengalahkan Ford F-150, Ram 1500 dan Nissan Titan. 

Apa yang kurang pada ketiga-tiga model yang disebutkan tadi hanyalah disebabkan pencahayaan lampu utama yang tidak begitu terang!
 


Dari segi ujian overlap ruang penumpang hadapan, Ford F-150 menawarkan perlindungan paling baik diikuti di mana struktur trak pikap tersebut mampu menahan tenaga pelanggaran tanpa menyebabkan perubahan besar pada ruang kabin. 

Dari segi perlindungan kepada penumpang, komponen seperti tali pinggang keledar dan beg udara juga berfungsi dengan baik di mana patung dummy tidak direkodkan mengalami sebarang 'kecederaan'.
 


Apa yang mengejutkan, Toyota Tundra telah disahkan sebagai salah sebuah trak pikap yang paling tidak selamat menurut piawaian IIHS. 

Jika dilihat kepada gambar pelanggaran yang diperoleh, ternyata penumpang akan terkesan dengan teruk akibat struktur ruang kabin hadapan yang tidak kukuh dengan ketahanan bumbung paling lemah jika dibandingkan dengan trak pikap bersaiz penuh yang lain. 

Tiang A juga direkodkan remuk teruk sehinggakan mampu mencederakan kepala penumpang. 
 


Menurut ketua pegawai penyelidik IIHS, David Zuby berkata, "berdasarkan ujian terkini yang dibuat, boleh dikatakan segmen trak pikap memerlukan penambahbaikan terhadap perlindungan belah penumpang bagi memastikan kedua-dua sisi kenderaan mendapatkan perlindungan yang sama-rata. 

Dalam dunia sebenar, pelanggaran overlap kecil berlaku apabila sebahagian daripada kenderaan berlanggar sesuatu objek seperti tiang lampu atau pokok di tepi jalan. 

 

Sumber: IIHS

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk…
Berita Global
Sana sini, boleh dikatakan banyak kelibat trak pikap Ranger termasuklah Ranger Raptor V6 yang…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…