Ford F-150 Shelby Super Snake 2021 - enjin 5.0 liter V8 dengan supercharger, 775 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Shelby telah memperlihatkan sentuhan mereka pada trak pikap popular Amerika Syarikat, F-150 dengan bantuan unit pengecas lampau dan kuasa setinggi 775 hp namun masih lagi kekal sebagai trak pikap yang boleh merentas apa jua permukaan bentuk bumi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kini Shelby hadir dengan menu baharu yang dikhususkan untuk kegunaan jalanan, iaitu Shelby F-150 Super Snake 2021.

Sama seperti Shelby F-150 yang muncul bulan lalu, Shelby F-150 Super Snake dikuasakan oleh enjin 5.0 liter bentangan V8 dengan bantuan supercharger yang menghasilkan 775 kuasa kuda, digandingkan dengan sistem ekzos Borla yang mampu menjengkelkan jiran anda.
 

Shelby F-150 Super Snake


Untuk menjadi trak pikap jalanan, Shelby turut menaiktaraf sistem suspensi dengan gegelung di hadapan, serta penyerap hentak boleh laras di bahagian belakang, diikuti dengan lengan kawalan atas baharu, traction bar belakang, serta sway bar belakang baharu.

Untuk model dua pintu, sistem suspensi direndahkan dengan lebih ketara diikuti dengan naiktaraf sistem brek, menjadikannya tidak lagi sesuai untuk kegunaan off-road.
 

Shelby F-150 Super Snake


Selain daripada suspensi yang direndahkan, imej Shelby F-150 Super Snake ini diserlahkan dengan pemasangan splitter hadapan, skirt sisi, rim bersaiz 22 inci, bampar belakang, fender flare, liang pada fender, grafik jalur pada badan dan juga gril hadapan Shelby yang agak besar itu.

Ruang kabin pula dikemaskan dengan penawaran upholsteri kulit dua tona, tingkat bertinta, pedal unik dan alas lantai.

Untuk model Shelby F-150 Super Snake 2021, hanya 600 unit sahaja yang akan dibina, di mana ia akan dibahagikan sama rata untuk model trak pikap dua dan empat pintu.
 

Shelby F-150 Super Snake


Harga jualan bermula dari $90,790 (RM384,541) tidak termasuk pakej supercharger untuk F-150 dua pintu, atau $98,690 (RM418,001) sekiranya anda berminat untuk memuatkan unit supercharger itu tadi.

Untuk F-150 Super Snake empat pintu pula, harga bermula dari $105,708 (RM447,726) atau $113,680 (RM481,491) termasuk pakej supercharger.

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya merupakan Ford Mustang Shelby GT500 Heritage Edition 2022 yang membawakan…
Informasi
  Ford mempunyai sebuah makmal canggih di Cologne, Jerman iaitu Weather Factory. Makmal itu…
Berita Global
Jika penawaran tersebut dilihat tidak cukup berkuasa, anda mungkin perlu melihat kepada F-150 yang…