Ford F-150 Lightning berjaya catat lebih 100,000 unit tempahan!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijangkakan, Ford nampaknya tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan kelebihan yang ada pada trak pikap elektriK Ford F-150 Lightning.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana dalam masa tiga minggu selepas pelancaran rasmi, trak pikap F-150 Lightning itu berjaya memperoleh kira-kira 100,000 unit tempahan, berdasarkan laporan daripada The New York Times.

Untuk tempoh 12 jam pertama selepas pelancaran, Ford berjaya merekodkan 20,000 tempahan, dan angka tersebut meningkat kepada 44,500 unit dalam tempoh 24 jam dan 70,000 unit selepas lapan hari.

Dari segi kuasa, F-150 Lightning mendapat motor elektrik berkembar yang memacu semua roda, di mana versi standard berupaya menghasilkan 426 hp dan versi paling berkuasa pula datang dengan output 563 hp.

Dengan daya kilas sebesar 1,051 Nm, trak pikap elektrik ini mampu memecut bawah empat saat dari 0-96 km/j, keupayaan menunda beban seberat 3,175 kg sehingga  4,536 kg (versi lebih berkuasa),  serta had muatan sehingga 907 kg.

Baca: Spesifikasi Ford F-150 Lightning

Baca: Spesifikasi Ford F-150 Lightning Pro

Sumber: The New York Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
  Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck)…
Berita Global
Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah…