Ford F-150 kustom Ken Block dengan lampu LED yang mampu suluh bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ken Block, seorang selebriti yang banyak memiliki koleksi kenderaan Ford di dalam garajnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu kenderaan yang paling menarik perhatian adalah sebuah Ford F-150 Raptor yang dibangunkan secara one-off oleh penala SVC.

Sebagai sebuah kenderaan off-road, Ford F-150 Raptor itu turut mendapat pelbagai jenis modifikasi seperti sistem ekzos kustom Borla, kit badan lebar, penyerap hentak jenis triple-bypass dari Fox, spring dedaunn belakang baharu, bumper hadapan dan belakang serta sangkar bed belakang.

Salah satu perkara yang paling impresif terdapat pada Ford F-150 beliau adalah sistem lampu limpah yang digunakan.

 


Ya, kehadiran lampu limpah amat diperlukan untuk sebuah kenderaan off-road, terutama ketika menyelusuri jalanan di waktu gelap.

Namun, untuk Ford F-150 milik Ken Block ini dikatakan telah dipasang dengan ratusan lampu limpah jenis LED yang mampu menghasilkan cahaya seterang 300,000 lumens!

Sebagai perbandingan, lampu limpah yang digunakan oleh Litar Antarabangsa Sepang sendiri mempunyai kekuatan cahaya sekitar 70 - 150 lux.

Untuk menguji sendiri keberkesanan lampu limpah yang dipasang, Ken Block turut mengadakan catatan masa di atas litar off-road dengan menggunakan lampu standard, beberapa bar lampu LED dinyalakan, serta ketika kesemua lampu dinyalakan serentak.

Hasilnya boleh dilihat menerusi video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara yang paling ketara dibawakan ialah terdapat dua jenis 'muka hadapan' yang disediakan…
Berita Global
Kejadian ini berlaku pada 27 Oktober 2022, melibatkan kecurian sebuah Lincoln Aviator yang berlaku…
Berita Global
Menurut Chevrolet, Silverado ZR2 menawarkan pakej off-road terbukti yang boleh dibeli terus oleh…