Ford F-150 generasi baharu bakal dilancarkan 25 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Ford telah menerbitkan sekeping gambar teaser yang memberikan petanda kehadiran trak pikap generasi baharu Ford F-150 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan gambar tersebut, kita boleh melihat bentuk sebenar lampu nyalaan siang jenis LED bersegi yang direka supaya mengelilingi bahagian lampu utama dan diakhiri di bahagiah bawah lampu kabus, yang turut didatangkan daripada jenis LED.

Ia menepati bentuk yang diperlihatkan menerusi model ujian (spyshot) yang telah didapati daripada beberapa media automotif sebelum ini.

Malah jika dilihat dengan lebih teliti, lampu utama yang diposisikan menegak itu memiliki rekaan berlapis yang biasa kita lihat pada model-model trak pikap Amerika era 70-an dan juga trend masa kini kenderaan moden.

Malah, sesetengah media menyifatkan rupa baharu F-150 ini sebagai satu gabungan antara model RAM 1500 dan generasi terdahulu GMC Sierra.

 

sumber: Motor1

Aspek trenkuasa pula tidak banyak berubah daripada penawaran yang dibuat pada trak pikap generasi terkini namun harus diingat Ford juga sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan sebuah lagi varian dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya untuk trak pikap F-150.

Pelancaran Ford F-150 generasi baharu akan dibuat pada 25 Jun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…