Ford F-150 dengan Aero-X - mahu tiru Proton Arena?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketika zaman kegemilangan Proton menjajah pasaran Malaysia suatu ketika dahulu, Proton Wira merupakan antara platform yang paling meluas pernah Proton gunakan.

Daripada sedan dan aeroback, hatchback Satria, coupe Putra, Wira Limousin (jangan tak tahu) sehinggalah kepada trak pikap kecil Proton Arena yang tidak pernah wujud dalam mana-mana senarai kereta Mitsubishi pun!

Ketika itu, Arena sudah pun menggunakan rekaan fastback  yang disasarkan kepada para pengguna yang mempunyai gaya hidup yang serba aktif. 
 


Mungkin diinspirasikan daripada Arena, Michigan Vehicle Solutions (MVS) kini hadir dengan produk yang serupa dikhususkan kepada trak pikap Ford F-150, iaitu Aero-X. 

Aero-X secara kasarnya merupakan bed caps untuk melindungi ruangan kargo di bahagian belakang, namun dengan rekaan fastback dan ciri air terjun yang menjadi rebutan para pemilik Iswara. 

Bukaan Aero-X dimudahkan dengan penggunaan gas strut, manakala lampu LED turut dimuatkan bagi memberikan pencahayaan terutama ketika mengendalikan barangan dalam gelap. 
 


Selain daripada lampu brek ketiga LED terbina dalam, pengguna juga boleh memilih untuk memuatkan aksesori seperti spoiler belakang dan juga sistem audio. 

Selain daripada F-150, MVS juga turut menghasilkan produk yang serupa untuk mana-mana model trak pikap popular di pasaran seperti Chevrolet, Ram, Toyota dan juga Nissan. 

Harga jualan Aero-X ini bermula dari $3,995 (RM16.2 ribu) dan terdapat di dalam dua saiz bed iaitu 5.5 dan 
6.5 kaki. 
 


Sekali pandang, mungkin Aero-X ini nampak pelik apabila digandingkan dengan trak pikap double cab, tidak seperti Arena..

 

Proton Arena Fastback. Kredit kepada Autoworld.