Ford F-100 Eluminator tampil kit motor elektrik yang boleh dibeli untuk projek restomod

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira tiga bulan yang lalu, Ford Performance mendedahkan teaser Eluminator yang merupakan penawaran kit motor elektrik crate untuk projek-projek restomod memuatkan trenkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, bertempat di acara SEMA yang sedang berlangsung, Ford memperlihatkan sebuah projek konsep trak pikap F-100 Eluminator.

 

F-100


Dibangunkan menggunakan asas daripada F-100 tahun 1978, Ford telah melengkapkan trak ini dengan trenkuasa motor elektrik berkembar yang disumberkan daripada Ford Mustang Mach-E GT Performance Edition.

Ia membolehkan trak pikap ini 'menghamburkan' kuasa setinggi 480 kuasa kuda dan 860 Nm, dan sistem pacuan semua roda (AWD).
 

F-100


Dari segi kosmetik, Ford F-100 Eluminator ini menampilkan layangan warna Avalanche Gray, aksen Cerakote Copper, serta rim aluminium billet bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin Latitude Sport.

Tidak ketinggalan, fender hadapan yang kini menempatkan port pengecasan.
 

F-100


Pengaruh Ford Mustang Mach-E boleh didapati menerusi penggunaan roda stereng, kluster instrumen digital, sistem infotainmen menegak di bahagian tengah serta tidak ketinggalan konsol tengah daripada model yang sama.

Kit Eluminator yang disebutkan itu tadi berharga $3,900 (RM16,179) setiap satu, dan berupaya untuk menghasilkan kuasa setinggi 281 hp dan daya kilas 430 Nm.

Ford mensasarkan kit motor elektrik ini kepada mereka yang mahu menjalankan restomod kenderaan klasik menggunakan trenkuasa elektrik, atau menukarkan mana-mana kereta moden menjadi sebuah EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada F-150 Lariat 4x4 SuperCrew, trak pikap Shelby yang didatangkan dengan…
Berita Global
Menerusi model ini, Ford mahu mendedahkan kepada umum potensi yang ada pada kit motor elektrik…
Berita Global
Ford Focus ST Edition disifatkan oleh Ford sebagai Focus ST yang paling lincah pernah dihasilkan…